Rizalman Ibrahim

Dato' Rizalman Ibrahim (lahir 28 Oktober 1971) merupakan seorang pereka fesyen Malaysia.[1][2][3] Dilahirkan di Georgetown, Pulau Pinang, kepada ibunya Aishah Hamid seorang tukang jahit dan bapanya Ibrahim Yahya seorang kerani. Rizalman ialah anak bongsu daripada tujuh beradik, beliau mula bergiat aktif sebagai pereka fesyen pada 1995 di bawah jenama eponim beliau selepas menamatkan pengajian dalam jurusan Seni Lukis dan Seni Reka (Fesyen) di Universiti Teknologi MARA (UiTM).[4]Selain menjadi pereka fesyen, beliau juga ialah pereka dalaman, pengurus majlis dan personaliti televisyen. Pekerjaan pertama beliau ialah sebagai tukang jahit butang dan cangkuk di sebuah butik dengan bayaran gaji sebanyak RM350. Selebriti terkenal seperti Siti Nurhaliza, Zarina Zainuddin, Wan Zaleha Radzi, Ogy Ahmad Daud, Fahrin Ahmad dan Anuar Zain antara yang pernah menjadi pelanggan beliau. Penampilan televisyen beliau termasuk Tangkap Muat dan Pelamin Fantasia 2015.[5]Antara anugerah yang dimenanginya ialah Mercedes-Benz Asian Fashion Award di Anugerah Fesyen Antarabangsa-Malaysia 2004 (MIFA 2004), 'Style Star Of The Year Award 2008, Mercedez Benz Stylo Award. Beliau ialah bapa kepada dua anak tiri.[6] Pada 17 Februari 2020, Rizalman melancarkan jenama butik terbaru diberi nama Rizalman 2020.[7]Pada 21 Februari, beliau mengumumkan persaraannya sebagai pereka fesyen kerana merasakan "takut tidak bersedia apabila dijemput Ilahi".[8][9]

Rujukan

WikiPedia: Rizalman Ibrahim http://www.astroawani.com/berita-hiburan/saya-taku... https://www.facebook.com/RizalmanIbrahim https://www.instagram.com/RizalmanIbrahim/ https://www.malaymail.com/news/life/2020/02/21/fam... https://www.prestigeonline.com/my/people-events/pe... https://twitter.com/RizalmanIbrahim https://www.bharian.com.my/node/50538 https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2019/01... https://www.thestar.com.my/lifestyle/style/2020/02... https://www.glam.my/fesyen/rizalman-ibrahim-coutur...